Tuesday, October 30, 2012

MCB...respon pelanggan

antara gambar dr customer ina...yg ni dari kawan lama masa sekolah menengah. selepas 15tahun, kami bertemu semula dengan adanya tempahan dr dia... kami ni sama nama, tgl ejaan n nama bapa je yg lain. tempahan dari Noradzlina Mohd Adzhar...katanya, anak die yg wat notis ni...hehehe...so cute!!!
nina, jangan serik order lagi ye...

Sunday, September 23, 2012

Kek Sarang Semut...


Produk terbaru Shay's Creation....Kek Sarang Semut @ Kek Gula Hangus @ Kek Sarang Tebuan. 
Sempena menjelang hari lahir ina, ada promosi tuk kek ini...hanya RM10 untuk sebekas kek seberat 1 kg...harga sebenar RM15. Promosi tamat sehingga 4 Oktober 2012... (5 Oktober nk berehat coz hari tu jadi B'DAY GIRL...hehehe...)
 inilah tekstur kek Sarang Semut...mmg sedap dan insya allah, tidak akan mengecewakan anda...

Tuesday, August 14, 2012

Salam Aidilfitri buat semua pelanggan Shay's Creations... Terima kasih atas sokongan anda semua. Semoga ikatan ukhwah ini akan berpanjangan sampai hujung nyawa, Insya allah... Mohon ampun dan maaf di atas segala kesalahan dan mohon dihalalkan segala kekurangan...

Monday, July 30, 2012

Budget Hamper untuk Hari Raya

Biasanya kita akan membeli setelap kuih dan menghadiahkan kepada saudara mara @ sahabat handai ketika mengunjungi rumah mereka. Apa kata tahun ini, kita hadiahkan Hamper kuih raya kepada mereka. 
Jika harga setelap kuih raya RM20, mereka hanya dapat merasa sejenis kuih sahaja. Tetapi untuk Budget Hamper dr Shay's Creations, dengan hanya membayar RM30, saudara mara dan sahabat handai dapat menikmati 3 jenis kuih keluaran kami: Famous Choc Chip, Cornflakes Madu dengan Honey Star dan Choc Crisp.
Sila hubungi kami jika berminat...
* kad ucapan akan dicaj RM0.50 bagi setiap hamper. 

Friday, July 27, 2012

Produk sempena Hari Raya

Sempena Syawal yang bakal menjelang, Shay's Creations juga tidak melepaskan peluang untuk bersama-sama memeriahkan lagi sambutan hari raya anda. Antara produk yang ditawarkan ialah:
Famous Choc Chip
Cornflakes Madu bersama Honey Star
Choc Crisp (produk terbaru)
Satu lagi produk terbaru kami ialah Budget Hamper... Amat sesuai untuk dijadikan buah tangan ketika menziarahi sanak saudara dan sahabat handai. Harga sangat berpatutan...
Jika anda berminat, bolehlah menghubungi saya...
Selamat Berpuasa...

Friday, July 6, 2012

Kek Hari Lahir

Alhamdulillah, akhirnya bertambah produk baru. Dah ada kekuatan tuk hasilkan kek sebiji...
kek pertama, kek Hari Lahir Aisy (My son) yang ketiga. Kek sponge Coklat dengan choc ganache...
dengan deco favnya, ANGRY BIRD...
Alhamdulillah, he loves it...
2nd cake, tempahan dari sahabatku untuk anaknya sempena meraikan kejayaan Netball Team sekolah...

Saturday, April 7, 2012

tempahan 26 Mac 2012




Tempahan kali ni dari Muar...as usual Nas tolong amikkan order. n memandangkan dah lama xwat Cheese tart, makan masa sket nk dapatkan semula rentak.
tq bro...

Marble Cheese Brownies...

yang ni bukan tempahan, cuma ina wat khas tuk kawan sebelah meja...alhamdulillah, sangat berpuas hati dgn tulisan kali ni...ada yang berminat????

tempahan 16 Mac 2012...



Tempahan tuk kesekian kalinya dr customer ina di Putrajaya. Cuma kali ni, ina hantar ke Ayer Keroh, Melaka. Pada awalnya, Mai nak tempah 5000 biji tuk perkahwinan adiknya, tapi ina rasa ina xmampu, so ina wat 1300 biji apam polkadot . and she request a simple design, design mcm cheese tart.
thanks to my sis, kak Nora coz sudi datang tangkak tolong i siapkan tempahan ni.

tempahan 6 dan 7 April 2012

Lama tak update blog... so sementara ada kelapangan ni, ina try update tempahan, tanpa mengikut urutan... 
yg ni tempahan adhoc dr Dayah. call ari khamis, nk datang amik ari Jumaat. mujur jumaat lps skola mmg xde aktvt. tempahan untuk dibawa ke Simpang Renggam, ada majlis pertunangan di rumah makciknya. die request corak ladybird n selebihnya ina wat polkadot...100 biji semuanya.
yg ni lak tempahan dari rakan sejawat, kak gee. katanya nk bawa ke rumah mak mertua...ada kenduri gak. kat Batu Pahat kot....Alhamdulillah... die nk apam polkadot dengan harga RM50...so, dapat 167 biji.

Wednesday, February 8, 2012

MCB... 7 Februari 2012

Alhamdulillah, kali ni tempahan tuk kali ketiga, diambil oleh seorang sahabat dari Muar. tq nasrul... 
3 biji MCB dan satu lagi, tempahan tuk kali pertama dr kawan sekolah Tun Mamat. 
untuk nas, coz rasa terhutang budi so ina berilah sedikit buah tangan...


respon darinya "nyonya, tq mini cupcakes tu (apam polkadot lah...). x sampai 5 minit, langsai anak kerjakan..."

Apam Polkadot...6 Februari 2012


Alhamdulillah, ini tempahan dr customer setia ina dari Putrajaya. sepanjang cuti sekolah yang lalu, die banyak tempah kat ina. Dia jumpa ina dr blog ni...katanya sesaje surfing...tetiba bertemu jodoh. cuma semenjak buka sekolah, mmg sukar tuk menerima tempahan dr mai coz ina xbrape gemar tuk poskan makanan demi untuk menjaga kualiti (insya allah...selagi mampu). kali ni, jodoh kami bertaut kembali. mujur kebetulan kak nora dtg tangkak, so kirimkan pada kakak ina je... macam biasa 300 biji apam polkadot, pelbagai perisa...
n insya allah, if ada rezeki, ada projek besar dengan mai bulan 3 ni. kita nantikan keputusannya...

Sunday, February 5, 2012

MCB... 5 Februari 2012



alhamdulillah, MCB lagi untuk hari ini...kali ini tempahan dari my ex-student, Noramira Abu Rasid. memandangkan pagi tu dah siap, i terus hantar. kalau ikutkan, die nak petang nnt. tapi petang i nak kuar, so alang2 dah siap, terus hantar je lah...
lihat lapisan ni, tertarik x?

...terbaik...!!!!
Duta Shay's Creation...macam biasa. pantang nampak camera, terus meluru...hehehe...

Saturday, February 4, 2012

MCB...4 Februari 2012

7x7 MCB...

1st attempt menulis atas MCB...insya allah, akan di'improve'kan lagi...

Friday, February 3, 2012

Introducing....Marble Cheese Brownies...

Alhamdulillah, nampaknya bertambah satu lagi produk iaitu Marble Cheese Brownies...
 



Alhamdulillah, dah 3 tempahan telah disiapkan dan telahpun dihantar kepada pelanggan...


Duta Shay's Creation....


Thanks to Nasrul coz perkenalkan MCB ni kepada rakan-rakan guru di Muar n Alhamdulillah, dapat juga ina berkongsi MCB ini dengan semua...
sekiranya berminat, bolehlah menghubungi ina...