Monday, December 12, 2011

Cupcakes...Merah, Hitam & Putih...


Kali ni ina sponsor cupcakes untuk meja pengangin sempena majlis perkahwinan adik ipar ina. temanya merah, hitam & putih. hiasan simple je...hanya buat Rose Swirl...dr pandangan atas...
semoga aik iparku, Ahmad Nazmir dan biras baruku, Diyana berpuas hati. Selamat Pengantin Baru, Selamat melangkah ke alam baru...

Thursday, November 24, 2011

Alam Polkadot...ke Putrajaya

Apam Polkadot lagi...kali ni tempahan ulangan dari Mai Putrajaya...yg kelakarnya, setiap malam mai call tambah order...the FINAL number is 300 pieces...Alhamdulillah...tq Mai coz tolong promotekan kat kawan2...yg ni mai punya. siap ina bagi lebih lagi...

Tuesday, November 22, 2011

Blueberry Cheese Tart

Alhamdulillah, ALLAH beri ina kekuatan untuk membuat cheese tart semula... setelah mencuba satu resepi ni n menjadi, so, ina berani untuk buka semula tempahan...BLUEBERRY CHEESE TART...

new design...Apam Polkadot

Assalamualaikum...salam sejahtera. Maaf sesangat coz dah lama x update blog ni. ina concentrate more kat FB...so, if you want more update, you can find me at FB...Shay's Creation...
Kalau you all boleh tgk di sini, ina ada beberapa design terbaru untuk apam polkadot...ada lebah n beetle...ada strawberry...ada gak ANGRY BIRD...
kalau berminat, leh contact ina...insya allah...

Wednesday, August 31, 2011

Salam Lebaran


Salam Aidilfitri...Maaf Zahir dan Batin...terima kasih kepada semua yang banyak menyokong Shay's Creation. Teruskan sokongan anda kepada kami...

Wednesday, July 13, 2011

CORNFLAKES MADU DENGAN HONEY STAR

Produk terbaru sempena AIDIL FITRI yang bakal menjelma...CORNFLAKES MADU DENGAN HONEY STAR...Kualiti dijamin, hanya menggunakan NESTLE Cornflakes & NESTLE Honey Star...
untuk mengetahui harga, sila SMS ina...

Monday, July 11, 2011

Tempahan Cupcakes...with fondant n edible image

dah lama xupdate. kerja kat sekolah menimpa2. tu yang xsempat nak update...ni antara projek terbaru ina. 200 biji cupcakes dengan hiasan fondant. tempahan dari my sis, kak liza sempena promotion die, naik pangkat. Alhamdulillah, kek ina dah sampai ke Teluk Panglima Garang. mujur kakak mmg dtg Melaka, so, die singgah umah n terus amik kek.1st time wat banyak n guna fondant. mmg xtau nak budget. sampai xcukup fondant 2 kilo...ahaks...ni sebahagian dari 200 biji yang dah masuk kotak.yang ni lak additional tempahan. untuk bday Athirah, anak k liza yang kedua. nak tema BARBIE. nilah birthday girlnye...siap tanya mama die "mama ni, wat kek mama je. kek athirah xde ker?" die xtau yg mama die mmg nak surprisekan die...xtau nak deco nak wat. memandangkan kek tu small size...space tepi xbanyak.ni aksi irfan makan kek...masing2 ngutip edible image je...
alhamdulillah, semua puas hati dgn kek ni.

Sunday, June 19, 2011

Tempahan Cupcakes...with fondant

musim orang kahwin. Alhamdulillah, ina dapat lagi menyerikan majlis perkahwinan seseorang. kali ni, xjauh, tangkak je.tema: merah putih.
tempahan ni agak ad hoc...menerusi sms je. nama pun xnak cakap. mujur ina dapat teka siapa yg wat tempahan ni. hehhee...dulu die pernah tanya ttg cupcakes ina. jurugambar terhebat di Tangkak...cabaran timbul masa nak bancuh warna merah. nazri dah pesan awal2, jangan kedekut warna. so, mmg guna 2 jenis warna merah. akhirnya berjaya gak dapat warna merah 'ang-ang'.
Selamat Pengantin Baru, Shukri...hope you like it...

Sunday, June 5, 2011

Tempahan Apam Polka Dot

ina sangat berterima kasih kepada kak Hapipah, yang tak pernah serik menempah kek @ apam dari ina. kali ni, kak pipah tempah 1000 biji apam polkadot untuk perkahwinan anak angkatnya...pada awalnya risau gak, mampukan ina siapkan. berkat sokongan dr suami n bantuan dr kakak, alhamdulillah, ina berjaya siapkan tempahan.kak pipah nak ina bungkuskan 4 biji sebekas...so, nak 250 bekas. yg ni lak, ina bagi souviner pada adik kawan ina yg melangsungkan perkahwinan di Parit Sulong, Batu Pahat. saje bagi coz dah lama xjumpa family die...

Tuesday, May 31, 2011

Budget Doorgift

produk terbaru dari Shay's Creation...Budget doorgift. memandangkan sekarang semua harga barang naik, so ina ambil peluang untuk membantu mereka2 yang teringin untuk memberi doorgift dengan harga yang murah. 2 biji muffin coklat @ apam polkadot dengan harga di bawah RM0.80...(kuantiti mesti melebihi 100 bungkusan)jika berminat untuk mengetahui harga sebenar, sila sms @ email ina, k...

Thursday, May 26, 2011

Cupcakes...for hantaran perkahwinan

Alhamdulillah...tempahan untuk kesekian kalinya dr kak hapipah, one of the teachers in my school. tapi ini kali pertama tempahan cupcakes dengan hiasan fondant, untuk hantaran anak angkatnya. insya allah, kek ni akan ke Gemas dan kemudian ke Gunung Semanggul, Perak. moga2 kek ni selamat dalam perjalanan...temanya HITAM PUTIH...sama mcm hantaran adik ipar dulu...simple deco...hope they like it...

Monday, May 23, 2011

Chocolate Moist Cake...untuk kantin sekolah

ini sebenarnya tempahan mingguan yang ina akan letak di kantin sekolah. alhamdulillah, banyak mendapat sambutan terutamanya dari para pelajar. ini baru di'upgrade'kan packagingnya. biar nampak lebih menarik.
berminat? boleh hubungi ina untuk mengetahui harganya...

Sunday, May 22, 2011

Apam Polkadot @ Apam Dinasour

just wanna share something...comel x? aisy jadi model apam polkadot mama...sedap sampai terliuk badan...ni lah APAM POLKADOT yang aisy tolong iklankan...semoga ada yang akan tertarik...blueberry, kaya n chocolate filing

Blueberry cheese cake...

Blueberry cheese cake...1st time kawan ina, wan nor azian tempah, katanya tuk makan2 family. ayahnya datang dr terengganu. semoga mereka menggemarinya...

Wednesday, May 18, 2011

Jamuan Hari Guru 2011

Selepas selesai sambutan Hari Guru, ada sedikit jamuan. Ina diminta untuk menyediakan cupcakes untuk jamuan. xdapat nak buat supaya semua guru dapat sebab bahan dah habis (betul2 habis...)inilah hasilnya. ini kali kedua ina guna fondant untuk deco cupcakes. 1st time tukang masak ambil gambar dengan hasil 'keras tangan'nya...suka...suka... :)

Jualan Hari Guru 2011

Sempena hari guru, terfikir nak tambah duit Kadet Polis. So, terkeluarlah cadangan nak jual cupcakes kepada pelajar, leh dijadikan hadiah untuk guru-guru. ina buat 2 jenis: cupcakes dan mini cupcakes. sesuai untuk doorgift atau cenderamata...

Thursday, April 7, 2011

mini cupcakes...

tempahan dari mak kawan aisy...saje nak wat makan2. n ini 1st time ina buat mini cupcakes. namapun 1st time, sampai tersalah beli kotak...tersesar lak. jenuh pegang masa nak hantar. bimbang tergolek kek ni...
anda berminat? boleh call untuk tempahan...

cupcakes for birthday...

kak fauziah a.k.a. kak gee, one of my friend kat sekolah minta i buatkan cupcakes untuk bday anak die yang kebetulan sama tarikh dgn cikgu anaknya. dia nak 36 biji...xde tema...so, apa lagi, ini pun salah satu cara i wat eksperimen lah untuk deco...sebenarnya, susah if customer xbagitau apa deco yg mereka mahukan. bimbang gak customer xberkenan...Alhamdulillah, kak gee suka. tapi yang penting, bday girl pun suka...ni gara2 xde kotak 6x6...kena guna 2 kotak...5x5 & 4x4...bagi extra sebiji...saje je...

Monday, March 14, 2011

Cupcakes...for hantaran pertunangan

my brother in law nak bertunang. so, i decided to make the cupcakes for hantaran. memandangkan rumah tunangannya jauh, so xleh nak wat buttercream. inilah first time ina guna fondant. beli segala cetak n rolling pin yg ada. temanya hitan putih. mmg jenuh nak blend warna hitam, ye.
perjalanan cupcakes ni jauh...dr Tangkak ke Hulu Langat...then terus ke Kuala Terengganu. mmg tawakal je dlm perjalanan. Alhamdulillah, dah selamat pun sampai terengganu n dah berpindah hakmilik pun. semoga Diana n family gembira dgn cupcakes ni. To Amir n Diana, Selamat Bertunang....

Saturday, March 12, 2011

Harga Baru...

Assalamualaikum n salam sejahtera...
untuk perhatian semua, mulai Mac 2011, ada perubahan harga bagi beberapa produk Shay's Creations. Sila sms ina untuk makluman lanjut. Terima kasih...

Monday, February 14, 2011

Tempahan Apam Polka Dot

tempahan terbaru...100 paket apam polka dot = 400 biji apam. Tempahan dr Kak Hapipah. untuk Kursus Komponen Sastera Daerah Ledang di sekolah ina. Untuk yang berminat, sepaket RM1.20.[HARGA BARU] (harga untuk tempahan 50 peket ke atas)