Tuesday, May 31, 2011

Budget Doorgift

produk terbaru dari Shay's Creation...Budget doorgift. memandangkan sekarang semua harga barang naik, so ina ambil peluang untuk membantu mereka2 yang teringin untuk memberi doorgift dengan harga yang murah. 2 biji muffin coklat @ apam polkadot dengan harga di bawah RM0.80...(kuantiti mesti melebihi 100 bungkusan)jika berminat untuk mengetahui harga sebenar, sila sms @ email ina, k...

Thursday, May 26, 2011

Cupcakes...for hantaran perkahwinan

Alhamdulillah...tempahan untuk kesekian kalinya dr kak hapipah, one of the teachers in my school. tapi ini kali pertama tempahan cupcakes dengan hiasan fondant, untuk hantaran anak angkatnya. insya allah, kek ni akan ke Gemas dan kemudian ke Gunung Semanggul, Perak. moga2 kek ni selamat dalam perjalanan...temanya HITAM PUTIH...sama mcm hantaran adik ipar dulu...simple deco...hope they like it...

Monday, May 23, 2011

Chocolate Moist Cake...untuk kantin sekolah

ini sebenarnya tempahan mingguan yang ina akan letak di kantin sekolah. alhamdulillah, banyak mendapat sambutan terutamanya dari para pelajar. ini baru di'upgrade'kan packagingnya. biar nampak lebih menarik.
berminat? boleh hubungi ina untuk mengetahui harganya...

Sunday, May 22, 2011

Apam Polkadot @ Apam Dinasour

just wanna share something...comel x? aisy jadi model apam polkadot mama...sedap sampai terliuk badan...ni lah APAM POLKADOT yang aisy tolong iklankan...semoga ada yang akan tertarik...blueberry, kaya n chocolate filing

Blueberry cheese cake...

Blueberry cheese cake...1st time kawan ina, wan nor azian tempah, katanya tuk makan2 family. ayahnya datang dr terengganu. semoga mereka menggemarinya...

Wednesday, May 18, 2011

Jamuan Hari Guru 2011

Selepas selesai sambutan Hari Guru, ada sedikit jamuan. Ina diminta untuk menyediakan cupcakes untuk jamuan. xdapat nak buat supaya semua guru dapat sebab bahan dah habis (betul2 habis...)inilah hasilnya. ini kali kedua ina guna fondant untuk deco cupcakes. 1st time tukang masak ambil gambar dengan hasil 'keras tangan'nya...suka...suka... :)

Jualan Hari Guru 2011

Sempena hari guru, terfikir nak tambah duit Kadet Polis. So, terkeluarlah cadangan nak jual cupcakes kepada pelajar, leh dijadikan hadiah untuk guru-guru. ina buat 2 jenis: cupcakes dan mini cupcakes. sesuai untuk doorgift atau cenderamata...